Blogger Widgets

Jumaat, 18 Januari 2013

MashaAllah!!Bina Bola Gergasi Untuk Lari Dari ‘Kiamat’

Jika anda pernah menonton filem 2012, maka berkemungkinan anda akan tahu apa yang mereka sedang lakukan terutama bagi yang mempercayai tentang kalendar Mayan. Gambar di bawah ini menceritakan segalanya di mana seorang individu bertindak membina bola gergasi semata-mata untuk mengelakkan mati dari bencana hari kiamat. Kita sebagai umat Islam, dilarang untuk mempercayainya kerana hari kiamat, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

bola


Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku beberapa lagi.

Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.

“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.

Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. “Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.

Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’ mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan

Rabu, 16 Januari 2013

Pelik??Batu Berjalan Di California


Semakin hari, semakin banyak perkara pelik berlaku di dunia. Perkara yang dulunya, kita kata mustahil akan berlaku kini sudah berlaku.


Pernahkah kita mendengar batu berjalan secara sendirinya? Bukanlah berjalan menggunakan kaki, tetapi ia bergerak dari satu empat ke satu tempat. Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park, lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya.


Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut “jalan-jalan cari makan”.


Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.
Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat.


Tapi,tahukah anda di mana letaknya Racetrack Playa?Racetrack Playa adalah tasik kering yang mendatar dengan panjang empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California-AS, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.


Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.


Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin anda akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.


Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?
Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?
Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.


Apakah mereka digerakkan oleh ais?
Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis. Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.
Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun,seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan .Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.





hanya allah yang tahu..wauwahhualam..
Awas!!!Kesan Pakai Selipar Jepun Yang Jarang Diketahui..




Assalamualaikaum dan selamat sejahtera, pasti ramai di antara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang di gunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya. Nak tahu apakah bahaya dan risiko menggunakan selipar jepun ini ?


1. Tidak Ada Penyokong

Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15.000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.

3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik itu dengan menggunkan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini Apalagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan slip dan tergelincir, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.

4. Sakit Punggung
Kerana tak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai sandal sepit terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, maka dapat mendalami menjadi sakit punggung.

5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

Pen Paling Canggih Di Dunia

Color Picker adalah sejenis pen terbaru yang dapat meng’scan’ warna dari sebarang benda di sekitar kita dan dapat digunakan dengan segera untuk melukis/menulis mengikut warna kesukaan kita.

Caranya, pertama imbaskan sensor pada objek yang warnanya kita inginkan. Kemudian tekan butang scan. RGB cartridge akan berfungsi sehingga warna yang kita inginkan muncul di skrin pada pen tersebut.

amacam??canggih kan korang tase brape harge pen nih..

Selasa, 15 Januari 2013

Akibat Mencuri Roti, Tangan Budak Ini Digilis Dengan Lori Sebagai Hukuman?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mungkin ada yang pernah membaca kisah ini satu masa dahulu. Dikatakan akibat mencuri roti, seorang budak dikenakan hukuman dengan tangan budak kecil itu digilis dengan lori.Menurut sumber kejadian ini berlaku di Iran. Benarkah kejadian seperti ini berlaku?? tengok gambar dan lihat info sebenar di bawah.

Nampak macam tak logik kan? sebab curi roti boleh dikenakan hukuman begitu? setelah dikaji ianya merupakan penipuan sesetengah pihak, pihak tidak bertanggungjawap memutarbelitkan penerangan pada gambar ini. Secara umumnya ini dikatakan seperti pertunjukkan stunt atau magik jalanan..bukanlah hukuman akibat mencuri roti. lihat gambar di bawah ini, gambar yang mungkin jarang disiarkan..


Kesian btol dkat bdak ni kan..x patut hukum mcm tu skali..

Hukum Pakai Topi Santa Claus



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apabila hampir tiba perayaan Hari Krismas, banyak barangan seperti pokok krismas, baju santa claus dan sebagainya di jual.. Tidak terkecuali topi-topi santa claus untuk penganut agama Kristian untuk merayakannya. Tetapi tidak terkecuali orang Islam sendiri yang memakainya, sama ada disuruh oleh majikan atau sekadar suka-suka. Tapi tahukah anda hukum pakai topi santa claus ni?
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad saw.


Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian.


Datuk Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.


Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

Lagu Yang Sepatutnya Memenangi Anugerah Juara Lagu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya ramai dah mengetahui lagu manakah yang memenangi Anugerah Juara Lagu tempoh hari kan? haa, tapi rasanya ada lagu yang lagi baik untuk didengar, meh dengar lagu ni pula.. Tak Terukir Di Bintang :D
Kan? memang terbaik parodi lagu ni, rasanya kalau lagu ni menang Anugerah Juara Lagu mesti tiada pertikaian.. hehe, lirik nya memang bermanfaat.. Parodi by Mr Bie

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi engkau minta wang berjuta itu pun ku tak mampu
Jika engkau minta satu dunia lagi ku tak mampu
Tapi ku mampu jadi Imam mu pastikan engkau bahagia

Hati ini hanya milik Ilahi
Yang beri cinta yang temukan aku dan kamu
Sayangku jika ujian datang dari Tuhan untukmu
Tak terukir di bintang segala jawapan doa pada Tuhan
Tak terukir di bintang segala jawapan cuba baca Al-Quran..